Sunday, October 21, 2012

Tips Cantik Wanita 30-an


Wanita mana yang tak suka kelihatan cantik, sihat dan berseri-seri? Tubuh yang langsing, 
kulit yang halus mulus gebu, mata dan rambut yang bersinar-sinar, bibir yang kemerahan dan sebagainya .. dah sebolehnya, mahu kelihatan cantik tatkala bangun dari tidur. Betul kan?

Wanita berada pada tahap kecantikan maksimum di usia 30-an. Ini yang pernah saya baca. 
Namun, kecantikan perlu dipelihara supaya ia lambat hilang. Cantik untuk siapa? 
Dah tentulah kita sendiri orang pertama mahu melihat diri sendiri cantik.

Tips Cantik Wanita 30 - an
Kawal pemakanan 
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan p
emakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. 
Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan 
dan makanan ringan.
Guna Pelembap yang sesuai 
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan 
kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. 
Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang 
krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak 
terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang l
ama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan 
kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
Sentiasa bersenam 
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. 
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. 
Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Minum banyak air 
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. 
Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. 
Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. 
Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
Makanan tambahan 
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk 
wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah 
menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan 
seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
Elakkan bermekap tebal 
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan 
bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif,sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapatmembantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.


Sumber maklumat: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Iris Health N Beauty . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...