Perkara WAJIB tahu tentang Vitamin C!
- Vitamin C amat mudah rosak. Oleh itu sayuran dan minuman yang mengandungi vitamin C akan kehilangan banyak vitamin C jika disimpan lama atau diproses secara berlebihan.
- Pengambilan bioflavonids bersama-sama dengan vitamin C boleh menguatkan vitamin C dan menggalakkan penyerapan vitamin C.
- Pengambilan vitamin C dengan vitamin E bersama-sama adalah amat disyorkan kerana kesannya yang synergik.
- Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan masalah perut seperti najis yang agak lembut, cirit-birit dsb. Ini boleh dielakkan dengan mengambil vitamin C selepas makan.
- Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik. Ia didapati boleh membantu penyembuhan ulser.
- Pengambilan vitamin C yang tinggi sebelum menjalani ujian darah boleh memberikan bacaan yang salah. Oleh itu, hentikan pengambilan vitamin C sebelum menjalani apa-apa ujian.
- Pengambilan vitamin C sehingga 4000mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidapi masalah batu karang. Begitu juga pesakit yang menjalani haemodialysis atau menghidapi penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang tidak digalakkan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi.
- Vitamin C tidak boleh diambil oleh mereka yang mengambil ubatan seperti warfarin (ubat yang mencegah pembekuan darah) dan ubat-ubat tekanan perasaan dari kumpulan tricyclic anti-depressant (sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda). Antara ubatan lain yang mempunyai interaksi dengan vitamin C ialah aspirin, anti-biotik dan pil perancang.
No comments:
Post a Comment