Thursday, December 18, 2014

Perkara WAJIB tahu tentang Vitamin C!


  • Vitamin C amat mudah rosak. Oleh itu sayuran dan minuman yang mengandungi vitamin C akan kehilangan banyak vitamin C jika disimpan lama atau diproses secara berlebihan.
  • Pengambilan bioflavonids bersama-sama dengan vitamin C boleh menguatkan vitamin C dan menggalakkan penyerapan vitamin C.
  • Pengambilan vitamin C dengan vitamin E bersama-sama adalah amat disyorkan kerana kesannya yang synergik.
  • Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan masalah perut seperti najis yang agak lembut, cirit-birit dsb. Ini boleh dielakkan dengan mengambil vitamin C selepas makan.
  • Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik. Ia didapati boleh membantu penyembuhan ulser.
  • Pengambilan vitamin C yang tinggi sebelum menjalani ujian darah boleh memberikan bacaan yang salah. Oleh itu, hentikan pengambilan vitamin C sebelum menjalani apa-apa ujian.
  • Pengambilan vitamin C sehingga 4000mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidapi masalah batu karang. Begitu juga pesakit yang menjalani haemodialysis atau menghidapi penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang tidak digalakkan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Vitamin C tidak boleh diambil oleh mereka yang mengambil ubatan seperti warfarin (ubat yang mencegah pembekuan darah) dan ubat-ubat tekanan perasaan dari kumpulan tricyclic anti-depressant (sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda). Antara ubatan lain yang mempunyai interaksi dengan vitamin C ialah aspirin, anti-biotik dan pil perancang.

Tuesday, December 16, 2014

Vitamin C bukan sekadar untuk kulit!!


Ini fakta yang perlu kita semua ambil tahu

Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Adakah anda tahu keistimewaannya?

Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.

Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.

Vitamin C yang kita ambil setiap hari sama ada dari sumber buah buahan atau makanan tambahan bukan sahaja untuk kulit.Jom kita tambah ilmu mengenai faedah Vitamin C

Membentuk Kolagen

- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki Simptom Pendarahan
-Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser
- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit
- Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia
- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat
- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Saya mencari 7 orang untuk menikmati kebaikan Vitamin C yang hebat bulan ini!

Noor Zarina Bt Mohd Maksum
Pengedar Sah Shaklee
No Ahli 885266
019-6642909

Tuesday, August 5, 2014

Dari mana datangnya JERAWAT?

Anda diselubungi oleh jerawat?Oh tidak!!!

Mesti rasa kecewa apabila berdepan dengan cermin.Dan mulalah tangan menggatal untuk memicit-micit jerawat.Akhirnya menjadi parut seumur hidup..Aduhai apalah nasib kan

Jom kita tengok dari mana munculnya Miss J ini?




Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.

Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Pelbagai kategori jerawat yang boleh dikongsi di sini
1) Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.

2)Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.

3)Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat

Apa kaitan Hormon Jerawat dan GLA Complexs?
GLA adalah komponen yang sangat penting untuk kulit sihat dan cantik. GLA membantu mengekalkan kestabilan dan bendalir semulajadi serta mencegah kehilangannya. GLA berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit.

Oleh kerana ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, jadi ia mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan akne dan jerawat.

Antara tanda hormon tak stabil ialah jerawat terutamanya semasa kedatangan haid.

Bagaimana hormon dalam tubuh dihasilkan?
Sistem endokrin yang menghasilkan hormon. Walaubagaimanapun, tubuh kita mempunyai sistem semulajadi untuk menghasilkan berapa banyak hormon yang dihasilkan dalam sistem endokrin kita dan menapisnya daripada darah.

Tetapi, terdapat juga regulator hormon yang mana ia menentukan sebanyak mana hormon dalam setiap sistem tubuh kita. Hormon regulator ini boleh di namakan sebagai pre-kursor hormon.

Pre-kursor hormon ini di bina dari LEMAK. Tapi bukan sebarangan lemak tau..

Hormon pre-kursor yang berbeza dihasilkan oleh lemak yang berbeza. Sesetengahnya menyebabkan pembengkakan dan sesetengahnya pula mencegah pembengkakan.

Terlalu banyak lemak yang 'salah' boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan pre-kursor yang akan 'membengkakkan' jerawat kita. Lemak yang 'betul' pula menghalang pembengkakan, ditambah dengan keseimbangan hormon semulajadi, kesan anti-pembengkakan juga anti-jerawat.

Lemak 'baik' yang sangat penting untuk mengimbangi hormon penyebab jerawat adalah yang paling SUSAH DIDAPATI dari diet.

Lemak 'baik' itu adalah GLA! GLA mempunyai sifat mengimbangi hormon yang sangat kuat. Jika diambil bersama-sama vitamin A (Carotomax), ia adalah gabungan meletop yang mampu memperbaiki dan menghapuskan jerawat!

Sumber GLA yg terbaik? Oh tentulah dari tumbuhan borage (borage oil) yang mempunyai 2kali ganda GLA daripada dlm EPO, juga 3 kali berkesan dari EPO!!
Jom jom jom pakat beli GLA Complex buat stok sempena promosi ni bulan Ogos Nak best boleh combine kan dengan Carotomax atau ESP ;))


Hubungi saya di

Noor Zarina Bt Mohd Maksum
WhatsApp: 019-6642909
FB : Iris Health N Beauty
Email : rinearabella@yahoo.com

Monday, July 14, 2014

Krim Kulit Terbaik-Herbal Blend Shaklee

Mengapa Herbal Blend Shaklee menjadi pilihan sebagai krim kulit terbaik?




  1. Krim herbal blend Shaklee ini telah diuji secara klinikal, di mana ia dapat membantumelembutkan kulit yang kasar
  2. Herbal blend juga membantu melicinkan kulit yang pecah pada siku, lutut dan tumit kaki
  3. Herbal blend sesuai digunakan sebagai krim harian disebabkan bauan nya yang menenangkan, dingin dan ia juga tidak melekit
  4. Sesuai disapu pada kulit bayi kerana ia sangat selamat, tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya
  5. Herbal blend blend sesuai disapu pada kulit bermasalah seperti eczema dan ruam
  6. Herbal blend adalah krim pilihan yang terbaik untuk disapu pada tempat gigitan serangga, calar mahupun luka-luka

Ramuan Herbal Blend Shaklee yang selamat


Herbal Blend Shaklee ni adalah selamat kerana ia dihasilkan dari ekstrak herba semulajadi, iaitu sage, horse chestnut yarrow dan rosemarry

1) Sage






Sage



Sage adalah herba yang terkenal yang digunakan sebagai rempah dalam masakan dan dalm industri kosmetik, ia banyak digunakan sebagai pewangi kosmetik secara semulajadi.

2) Horse Chestnut





Horse Chestnut banyak digunakan di dalam krim untuk masalah ulcer kulit


3) Yarrow
Yarrow




Yarrow, digunakan pada zaman dahulu sebagai ubat luka di kalangan askar-askar perang purba. Ia dapat menyembuhkan luka, mengandungi antimikrob dan berupaya mengurangkan kesakitan.


Yarrow as a Wound Healer:This is perhaps yarrow’s most famous and most ancient use. Yarrow was found amongst other medicinal herbs in the Neanderthal burial site in Iraq which dates from around 60,000 BC and has become famous in herbal medicine as one of the earliest indications of human’s use of medicinal plants.  Myth tells us it was given to Achilles by the centaur Chiron so he could use it on the battlefield and its Latin name, Achillea millefollium, still reflects this tale. Its common names too included Soldier’s herb, herba militaris, Knight’s milfoil, carpenter’s grass and nosebleed. Yarrow is one of the most useful wound herbs we have as it staunches bleeding and is antimicrobial and pain relieving too.
 http://whisperingearth.co.uk/2011/09/28/the-multiple-benefits-and-uses-of-yarrow/mm

4) Rosemarry
Rosemarry


Rosemarry dipilih sebagai ramuan utama krim ini kerana ia berfungsi melembapkan kulit, menyokong pembentukan kolagen yang sihat kerana ia menentang radikal bebas pada kulit. Ia juga berfungsi sebagai wangian semulajadi kepada krim Herbal Blend ini.




Jadi, setelah melihat kepada ramuan dan fungsi-fungsi herba yang terpilih, tidak syak lagi bahawa krim kulit Herbal Blend ini berkualiti dan berkesan dalam pemulihan kulit yang tidak sihat.

Jangan risau, kerana ianya memang selamat digunakan seawal dari bayi sehingga ke orang dewasa.

Ada banyak lagi petua mengenai krim Herbal blend yang digemari ramai ini. Jika tidak popular, masakan krim ini mendapat jolokan sebagai krim ajaib, walaupun ia tidak mengandungi sebarang magik untuk menyembuhkan sebarang masalah pada kult, tetapi fungsi yang bermanfaat yang datang dari ekstrak herba semulajadi yang diadun di dalam krim ini.

Permintaan Herbal Blend Shaklee sangat TINGGI!.Cepat hubungi saya untuk mendapatkan Herbal Blend.Kalau lambat takut habis tau

Noor Zarina MM
Pengedar Sah Shaklee 885266
SMS/WHATSAPP:019-6642909
COD:Sekitar Sg Buloh Selangor

Mengapa Herbal Blend Shaklee menjadi pilihan sebagai krim kulit terbaik?



  1. Krim herbal blend Shaklee ini telah diuji secara klinikal, di mana ia dapat membantu melembutkan kulit yang kasar
  2. Herbal blend juga membantu melicinkan kulit yang pecah pada siku, lutut dan tumit kaki
  3. Herbal blend sesuai digunakan sebagai krim harian disebabkan bauan nya yang menenangkan, dingin dan ia juga tidak melekit
  4. Sesuai disapu pada kulit bayi kerana ia sangat selamat, tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya
  5. Herbal blend blend sesuai disapu pada kulit bermasalah seperti eczema dan ruam
  6. Herbal blend adalah krim pilihan yang terbaik untuk disapu pada tempat gigitan serangga, calar mahupun luka-luka
Ramuan Herbal Blend Shaklee yang selamat

Herbal Blend Shaklee ni adalah selamat kerana ia dihasilkan dari ekstrak herba semulajadi, iaitu sage, horse chestnut yarrow dan rosemarry

1) Sage

Sage adalah herba yang terkenal yang digunakan sebagai rempah dalam masakan dan dalm industri kosmetik, ia banyak digunakan sebagai pewangi kosmetik secara semulajadi.

2) Horse Chestnut

Horse Chestnut banyak digunakan di dalam krim untuk masalah ulcer kulit

3) Yarrow
Yarrrow

Yarrow, digunakan pada zaman dahulu sebagai ubat luka di kalangan askar-askar perang purba. Ia dapat menyembuhkan luka, mengandungi antimikrob dan berupaya mengurangkan kesakitan.

Yarrow as a Wound Healer:This is perhaps yarrow’s most famous and most ancient use. Yarrow was found amongst other medicinal herbs in the Neanderthal burial site in Iraq which dates from around 60,000 BC and has become famous in herbal medicine as one of the earliest indications of human’s use of medicinal plants. Myth tells us it was given to Achilles by the centaur Chiron so he could use it on the battlefield and its Latin name, Achillea millefollium, still reflects this tale. Its common names too included Soldier’s herb, herba militaris, Knight’s milfoil, carpenter’s grass and nosebleed. Yarrow is one of the most useful wound herbs we have as it staunches bleeding and is antimicrobial and pain relieving too.
http://whisperingearth.co.uk/2011/09/28/the-multiple-benefits-and-uses-of-yarrow/mm
Rosemarry
Rosemarry dipilih sebagai ramuan utama krim ini kerana ia berfungsi melembapkan kulit, menyokong pembentukan kolagen yang sihat kerana ia menentang radikal bebas pada kulit. Ia juga berfungsi sebagai wangian semulajadi kepada krim Herbal Blend ini.




Jadi, setelah melihat kepada ramuan dan fungsi-fungsi herba yang terpilih, tidak syak lagi bahawa krim kulit Herbal Blend ini berkualiti dan berkesan dalam pemulihan kulit yang tidak sihat.

Jangan risau, kerana ianya memang selamat digunakan seawal dari bayi sehingga ke orang dewasa.

Ada banyak lagi petua mengenai krim Herbal blend yang digemari ramai ini. Jika tidak popular, masakan krim ini mendapat jolokan sebagai krim ajaib, walaupun ia tidak mengandungi sebarang magik untuk menyembuhkan sebarang masalah pada kult, tetapi fungsi yang bermanfaat yang datang dari ekstrak herba semulajadi yang diadun di dalam krim ini.

Permintaan Herbal Blend Shaklee sangat TINGGI!.Cepat hubungi saya untuk mendapatkan Herbal Blend.Kalau lambat takut habis tau

Noor Zarina MM
Pengedar Sah Shaklee 885266
SMS/WHATSAPP:019-6642909
COD:Sekitar Sg Buloh Selangor

Thursday, July 10, 2014

Shaklee,Amerika & Yahudi

Produk Shaklee adalah Produk Yahudi, Haram Umat Islam Join Jadi Ahli Shaklee

Isu Shaklee ini adalah produk Yahudi sudah hangat diperdebatkan. Ada pihak yang menyatakan tidak boleh menyokong produk Shaklee kerana ia adalah keluaran Amerika Syarikat. 

Sebelum itu, jom kita lihat sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Sahih Bukhari ini dan nilailah dari sudut pandangan Islam.

Sekiranya Shaklee ada bukti yang kukuh penyumbang kepada Zionis Yahudi maka Shaklee tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah HALAL dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir. Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.

Isu ni seringkali kendengaran, nak2 lagi shaklee ni produk US. Kalau anda pernah jumpa la yg KENNETH ISRAEL(KI) tu, saya malas nk letak link, kang menaikkan trafic web dia :-p

Dalam web tu ada 3 logo yg menyatakan penyumbang terbesar kepada Isra-hell ni dan salah satunya adalah Shaklee. Bila org tgk je cmtu terus jump to conclusion that SHAKLEE menyumbang dana kepada Isra-hell TANPA KLIK dan BACA.

cer klik kt logo tu? dan tgk apa yg kluar? akan kluar link ni,

http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html 


link ni adalah link web peribadi 'mamat' yg menyumbang kpd KI tu, sama sekali tidak mewakili Shaklee secara keseluruhannya. ianya hanyalah sumbangan peribadi mamat tu. ayat mamat tu.


"When you go to pay for the products it will say you can join or pay as a guest. If you join you get the products at a discount. Regardless Keneseth receives a percentage based on the total sale."


jadi.. sape2 yg beli shaklee dr mamat tu je yg menyumbang sama. meh beli dr saya, confirm satu sen pn xkan tersalur pn utk isra-hell!!!! 

http://www.shaklee.com ---> website Shaklee US. so jgn keliru ye..

Shaklee xde hak nk halang bagaimana distributor dia nk belanjakan duit yg dibayar. Analoginya sama la macam kita kerja dgn sebuah company, bila dapat gaji, pekerja tu g beli dadah. adakah itu salah company yg membayar gaji? mestila tak kann.. 



Isu ni adalah antara isu yg mula2 sekali saya kaji sebelum buat keputusan involve secara keseluruhan bersama shaklee. saya gugel, saya baca, saya kaji, saya tnya dan alhamdulillah saya belum jumpa mana2 sumber yg menyatakan shaklee dan isra-hell saling berkait kecuali yg disebutkan di atas. Dan saya YAKIN keputusan saya tepat. in shaa Allah. moga ALlah memelihara saya dan anda semua dari perkara2 syubhah. tak sanggup saya menyembelih leher saudara seagama seaqidah dgn saya. lebih2 lagi saya tak sanggup memberikan keluarga saya makan dari hasil yang tak elok. nauzubillah.

Tepuk dada tanya selera..

p/s:Syukur penawar Allah juga amat luas dan ada di mana2. Habis ikhtiar berubat dengan pelbagai cara tetapi tidak ditemukan jalan sembuh. Berikhtiar berubat dengan supplement shaklee Alhamdulillah Allah bagi asbab sembuh melaluinya. Syukur dapat bantu orang memiliki kehidupan yang sihat. Daripada nk kena potong kaki kena diabetes tapi tak jadi potong. Daripada lumpuh sebab strok akhinya dapat berjalan. Pembuatan shaklee juga semuanya berasaskan tumbuh-tumbuhan dari alam ciptaanNya juga. Diserap dengan kehebatan sains tujuannya bagi membantu ramai orang memperoleh manfaat darinya. Nikmat syukur dengan asbab shaklee Allah berikan kesembuhan dari penyakit. Itulah kesyukuran sebenar dalam berkongsi kebaikan shaklee..Alhamdulillah..

Thursday, July 3, 2014

Anda Gastrik?


Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.


Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.


Tanda-tanda penyakit gastrik:
Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.


Rawatan penyakit gastrik:
Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!! 

  • Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera. 
  • Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau 
  • Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll 
  • Elakkan makan terlalu kenyang 
  • Elakkan cuka, makanan yang pedas 
  • Elakkan atau kurangkan daging dan ayam. 
  • Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa. 
  • Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik. 

Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.


Sebagai Pengedar Sah Shaklee saya mencadangkan anda yang mempunyai penyakit gastrik mencuba set gastrik yang disarankan.


Untuk Set Gastrik, ada 3 jenis supplemen iaitu ESP (Energizing Soy Protein), Ostematrix & Peppermint Ginger Plus.







1. ESP (Energizing Soy Protein)

*merupakan sumber protein unggul drpd kacang soya yg merupakan sejenis tumbuhan yg tinggi sifat alkalinya yg dapat meneutralkan asid di dalam perut.
*membantu membina sel-sel badan baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
*memberikan rasa kenyang
*memulih dan memberi tenaga segera


2. Ostematrix (Kalsium)


*mengandungi Kalsium, Magnesium & Vitamin D
*bersifat alkali & mampu meneutralkan asid di dalam perut
*mengurangkan hiperaktiviti perut & masalah gastrik
*sesuai bagi pesakit Gastrik yang tak suka minum susu


3. Peppermint Ginger Plus
*mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam & jintan manis utk rasa yang nyaman
*melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin dalam badan
*boleh juga dijadikan minuman herba semulajadi (hancurkan pil dengan air panas)

Cegah Sebelum Parah


Noor Zarina MM
Sms/Whatsapp:019-6642909
Pengedar Sah Shaklee

Tuesday, July 1, 2014

Ramuan semulajadi Vivix melambatkan penuaan

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.


Secara ringkasnya.. Vivix bagus utk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.. Kenapa DNA? Kerana hampir setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA akibat radikal bebas.Radikal bebas inilah yang mempercepatkan ketuaan kita!






Dah bersedia untuk dilihat muda dari umur sebenar??

Harini saya kongsikan fungsi ramuan yg terdapat dalam vivix...

1.Muscadine Grape
-Mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria

2.Purple Carrot -
a.Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung


3.Elderberry (Sambucus Niagra) - 
Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung,mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman

4.Polygonum Cuspidatum -

Melambatkan proses penuaan,merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah ,mengurangkan berat badan




Berita Baik!!

Promo Julai 2014 adalah Vivix Shaklee..

Beli 6 PERCUMA 1

Nanti saya akan ceritakan KEISTIMEWAAN promosi bulan Julai


Tunggu Tau

Untuk Pembelian Sebotol Vivix Boleh Ke Sini

Monday, June 30, 2014

Cadangan Set Berpuasa


Alhamdulillah sudah sehari kita berpuasa.Bagaimana dengan puasa anda dan sahur anda?Pasti ada yang tidak sempat menyediakan sahur..

Jangan risau..kami di Shaklee ada cadangan untuk anda.Kami mencadangkan anda mengambil ESP,Performance Drink dan Mealshakes

Senang saje cara menyediakan juadah sahur.Ringkas dan kenyang tau!

Energizing Soy Protein (ESP) dan MEAL SHAKE
~ nama pun dah 'energizing'...sah, memang ESP ini memberi tenaga yang berterusan dan mengurangkan rasa lapar...sudah banyak testimoni untuk ESP ini...dan kebanyakan penggemar ESP sukakannya...
~ ESP mengandungi 9 asid amino yang lengkap yang diperlukan tubuh...
~ gabungan ESP dan MEAL SHAKE akan memberi anda tenaga yang berterusan dan mengawal rasa lapar sepanjang anda berpuasa. 
~ perasa Vanila, dan boleh diambil oleh sesiapa sahaja walaupun anda bukanlah seorang yang gemarkan soya...sebab tak rasa soya pun...rasa vanila yang sedap tu...:) 

PERFORMANCE DRINK
~ia berfungsi untuk mengekalkan kandungan air dalam badan kita.
~ ia juga mempunyai imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. 
~ ia merupakan minuman kegemaran atlit-atlit dan berperisa oren...dan rasanya lagi sedap dari 100plus...

Apalagi cepat cepat dapatkan Konsultasi PERCUMA dari saya...

Kalau tiada bajet,saya sarankan anda semua ambil ESP sahaja dulu..dapatkan kesan daripada ESP dulu sebelum sambung dengan Mealshakes dan Performance Drink!

Noor Zarina MM
Whatsapp:019-6642909
COD:Sg Buloh,Selangor
Penghantaran Seluruh Negara


Wednesday, June 25, 2014

Herbal Blend in da House

Berita baik!!

Herbal Blend kembali memenuhi ruangan stok Shaklee saya..Bagi yang mencari cari Herbal Blend haaaa jangan beli satu tapi 2,3 botol sebab Herbal Blend memang sangat Hot Product!


Nampak tak barisan HerbalBlend tu..menggoda bukan..

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak.

MANFAATNYA :

♡ Melembutkan kulit kasar yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

♡ Menyelesaikan masalah kulit gatal.

♡ Menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox.

♡ Menghilangkan ruam pada bayi.

♡ Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam.

♡ Sebagai losyen untuk kegunaan harian. 



Bagi saya memang WAJIB dalam beg.Sebab kulit anak saya memang jenis sensitif pada cuaca yang panas.Senang naik ruam tau.

Bagi yang nak order @ tempah senang sahaja

Sebotol Herbal Blend :RM27.50

Hubungi
Noor Zarina MN
SID 885266
SMS/Whatsapp:019-6642909

Sunday, June 22, 2014

Mengapa PERLU ada SELENIUM dalam Vitamin E?

Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Selenium adalah penting sebagai sumber untuk proses badan dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, Selenium juga amat penting dalam diet harian seseorang dan dianggap sebagai meningkatkan tindakan antioksidan (dalam situasi ini dapat tingkatkan tindakan Vitamin E).

12 Jenis makanan yang kaya dengan Selenium


Noor Zarina MM
SID 885266
sms/whatsapp:019-6642909
COD:Kawasan Sg Buloh, Selangor

Tuesday, June 17, 2014

Vitamin Cantik: Vitamin E


1 kg  benih gandum || 500ml minyak safflower || 8kg bayam || 500g badam
400 UI Vitamin E

Korang nak ke makan banyak-banyak gitu semata-mata nakkan Vitamin E sebiji?Bagi yang bijak, orang akan mencari kapsul Vitamin E d pasaran...Tapiiiiii...Ada bezanya Vitamin E di pasaran dan Vitamin E Shaklee


Apa yang membuat Shaklee berbeza ?

Ia dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta).

Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina. 

Kelebihan Vitamin E Shaklee

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu



Berita baik untuk peminat Vitamin E!


Jika anda seorang pengguna yang bijak, rebutlah peluang promo bulan ini

Pembelian Vitamin E Beli 6 Percuma 1(RM894)
Anda JIMAT
1.Keahlian Percuma sebanyak RM65
2.Bonus tunai sebanyak RM35
3.Pembelian JIMAT sebanyak RM180

Berapa banyak yang anda telah jimat?hampir RM200 kan...Apalagi cepat-cepat hubungi saya untuk pembelian hebat ini


Noor Zarina MM
SID 885266
sms/whatsapp:019-6642909
COD:Kawasan Sg Buloh, Selangor

Iris Health N Beauty . Design by ZBS Networks