Mesti rasa kecewa apabila berdepan dengan cermin.Dan mulalah tangan menggatal untuk memicit-micit jerawat.Akhirnya menjadi parut seumur hidup..Aduhai apalah nasib kan
Jom kita tengok dari mana munculnya Miss J ini?
Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.
Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Pelbagai kategori jerawat yang boleh dikongsi di sini
1) Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.
2)Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.
3)Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat
Apa kaitan Hormon Jerawat dan GLA Complexs?
GLA adalah komponen yang sangat penting untuk kulit sihat dan cantik. GLA membantu mengekalkan kestabilan dan bendalir semulajadi serta mencegah kehilangannya. GLA berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit.
Oleh kerana ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, jadi ia mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan akne dan jerawat.
Antara tanda hormon tak stabil ialah jerawat terutamanya semasa kedatangan haid.
Bagaimana hormon dalam tubuh dihasilkan?
Sistem endokrin yang menghasilkan hormon. Walaubagaimanapun, tubuh kita mempunyai sistem semulajadi untuk menghasilkan berapa banyak hormon yang dihasilkan dalam sistem endokrin kita dan menapisnya daripada darah.
Tetapi, terdapat juga regulator hormon yang mana ia menentukan sebanyak mana hormon dalam setiap sistem tubuh kita. Hormon regulator ini boleh di namakan sebagai pre-kursor hormon.
Pre-kursor hormon ini di bina dari LEMAK. Tapi bukan sebarangan lemak tau..
Hormon pre-kursor yang berbeza dihasilkan oleh lemak yang berbeza. Sesetengahnya menyebabkan pembengkakan dan sesetengahnya pula mencegah pembengkakan.
Terlalu banyak lemak yang 'salah' boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan pre-kursor yang akan 'membengkakkan' jerawat kita. Lemak yang 'betul' pula menghalang pembengkakan, ditambah dengan keseimbangan hormon semulajadi, kesan anti-pembengkakan juga anti-jerawat.
Lemak 'baik' yang sangat penting untuk mengimbangi hormon penyebab jerawat adalah yang paling SUSAH DIDAPATI dari diet.
Jom jom jom pakat beli GLA Complex buat stok sempena promosi ni bulan Ogos Nak best boleh combine kan dengan Carotomax atau ESP ;))
Hubungi saya di
Noor Zarina Bt Mohd Maksum
WhatsApp: 019-6642909
FB : Iris Health N Beauty
Email : rinearabella@yahoo.com

